Sumber Artikel Internet

Jumat, 13 Desember 2013

5 Tempat Paling Misteri di Dunia

Walaupun tamadun peradaban manusia semakin tinggi namun misteri-misteri hasil penemuan tamadun kuno masih belum terungkai. Tempat-tempat misteri ini menjadi perhatian golongan pengkaji dan juga individu yang gemar mengembara. Mari kita lihat tempat-tempat yang masih kekal misteri sehingga ke hari ini.



1. Easter Island


Terletak di Chile, Easter Island diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Pulau ini berada di selatan Lautan Pasifik dan sangat terkenal dengan 887 ukiran patung wajah manusia yang dikenali sebagai 'moai'. Patung-patung ini adalah karya masyarakat Rapa Nui. Pelbagai teori mengenai asal usul patung ini telah dicadangkan termasuklah teori fantasi UFO.Walaubagaimanapun, sehingga kini para pengkaji masih belum menemui teknologi primitif yang telah digunakan untuk menghasilkan patung-patung ini sekaligus merungkai misteri pulau ini..




2. Mesir


Piramid Mesir merupakan binaan purba yang terletak di Mesir. Terdapat 138 piramid yang telah ditemui sehingga 2008. Piramid ini dibina dengan hanya meletakkan batuan di atas batuan yang lain. Setiap batuan dianggarkan seberat 100 tan. Uniknya, tiada sebarang gam, paku mahupun pelekat yang diletakkan di antara setiap batuan. Padanan setiap batuan juga sangat tepat sehingga sukar untuk menemui sebarang rekahan. Teknik pembuatan piramid masih kekal misteri sehingga kini.




3. Segitiga Bermuda


Segi Tiga Bermuda terletak di barat laut Atlantik. Terdapat 7 pulau besar dan 150 buah pulai kecil di kawasan Segi Tiga Bermuda ini yang asalnya adalah gugusan karang. Semua alat teknologi dan alat navigasi tidak berfungsi sekiranya berada di tempat ini lantas mencetuskan masalah komunikasi dengan dunia luar. Terdapat begitu banyak kes kehilangan kapal, bot, kapal terbang, jet mahupun helikopter dilaporkan berlaku di Segi Tiga Bermuda ini.



4. Xinjian


Terdapat satu tempat di Xinjian yang dipanggil "Moguicheng" atau kota iblis. Pengunjung yang berada di situ mendakwa seolah-olah mendengar suara aneh yang tidak dapat dijelaskan puncanya. Sekiranya pengunjung berada di situ pada waktu siang dan pada masa yang sama angin sepoi-sepoi, pengunjung akan mendengar seolah-olah satu ritma manis yang seakan-akan bunyi gitar dimainkan. Namun sekiranya pengunjung berada di situ saat angin kencang, maka akan terdengar suara seolah-olah ngauman singa, suara tangisan bayi ataupun bunyi serigala.



5. Stonehenge


Stonehenge merupakan monumen prasejarah yang terkenal dengan susuan batu-batu besar di pinggir daerah England. Tiada yang mengetahui tujuan monumen ini dibina. Terdapat pelbagai teori tujuan pembinaan monumen ini. Antaranya ialah kemugkinan tempat ini adalah tinggalan istana lama, tempat pemujaan dan juga tapak pendaratan UFO.



sumber: gempak.org, http://www.lamankongsi.com

5 Tempat Paling Misteri di Dunia Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 komentar:

Posting Komentar