Sumber Artikel Internet

Jumat, 09 Agustus 2013

Luarbiasa! Rumah Misteri Ditengah-tengah Sungai

Pernahkah anda bermimpi mempunyai rumah di tengah-tengah sungai? Inilah satu-satunya rumah yang di bina di tengah-tengah Sungai Drina, Serbia.


Berdiri megah di atas batu di tengah-tengah sungai Drina, berhampiran bandar Bajina Basta, rumah kecil ini telah mendapat banyak perhatian di internet sejak dirakam oleh jurugambar Hungray, Irene Becker.


Gambar beliau telah diterbitkan oleh National Geographic sebagai salah satu gambar terbaik pada bulan Ogos 2012 dan sejak itu tempat misteri dan ketenangan Drina River telah menarik imaginasi berjuta-juta orang. Ia juga dinamakan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Serbia.


Rumah itu telah berdiri di lokasi yang luar biasa selama lebih 40 tahun. Menurut pemiliknya, "Rumah ini dibina pada tahun 1968. Ia bukan mudah untuk di bina. Tetapi saya akhirnya membuat ia menjadi kenyataan dengan bantuan rakan-rakan saya.


"Ketika itu mereka hanya sekumpulan kanak-kanak lelaki yang suka berenang di perairan Sungai Drina dan berjemur di atas batu besar yang kini menyokong rumah saya. Rumah kayu ini telah terselamat dari beberapa banjir dan ribut yang serius di Serbia, itulah keajaibannya rumah ini.

Luarbiasa! Rumah Misteri Ditengah-tengah Sungai Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 komentar:

Posting Komentar